Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan
Teruskan membaca untuk mengetahui...
Bunyi terhasil daripada paluan kompang boleh dipengaruhi oleh teknik memegang kompang. Para pekompang haruslah mengelakkan daripada memegang kompang sehingga melepasi bahagian hadapan baloh disebabkan ianya boleh menjejeskan kualiti bunyi terhasil. Cara memegang kompang lazimnya ada dua cara iaitu:-
i. menatang (ibu jari di dalam baloh, jari jemari lain di bawah baloh)
ii. membimbit (ibu jari di luar baloh, jari jemari lain di dalam baloh)
Ayuh kita perhatikan kemungkinan falsafah yang tersembunyi di sebalik cara-cara yang berbeza ini.
i. Cara menatang.
- kedudukan kompang di atas telapak tangan ertinya kesenian yang dibawa secara bersungguh-sungguh;
- ianya juga seperti menadah doa yang mungkin dapat disesuai ketika iringan berzikir semasa berkompang;
- kedudukan kompang dipastikan menegak - meletak kesenian yang dibawa agar tegak berdiri (bukan rebah);
- mudah memberikan isyarat mula / henti sesuatu acara perkompangan;
- dapat disandar di bahu sekiranya lenguh memegang ketika berdiri ataupun duduk.
ii. Cara membimbit
- kedudukan kompang dalam genggaman - seolah-olah mencerminkan kesungguhan dalam memelihara kesenian yang dibawa;
- dapat dikait juga dengan cara berdoa;
- sesetengah pendapat mengatakan mudah disesuai untuk bersilat (menumbuk dengan kompang) bila perlu;
- bila dinaikkan ke atas, seolah-olah menjunjung kompang (Awas! Kompang yang berlambang, mungkin kelihatan terbalik);
- dapat diletakkan di lantai ketika berkompang semasa duduk.
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa cara memegang ini mempunyai falsafah dan kelebihan masing-masing. Namun adalah lebih baik diselaraskan cara memegang bagi sesuatu kumpulan agar nampak lebih seragam.
Semoga bertemu lagi.
Wabillahi Taufik wal hidayah. Wasallam.
Angah.
Angah.